Thursday 25 May 2017

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2017

Tinggal sehari saja lagi sebelum menjelangnya bulan Ramadhan 1438H.  Saya mewakili Guru-guru dan Pengawas Pusat Sumber SMK Jalan Reko ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.  Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diterima dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


Anak Melayu mengail ikan, 
Perahu berlabuh di tengah lautan
Sambil menunggu datangnya Ramadhan
Jari kususun mohon ampunan...

Gersang bumi tanpa hujan
Gersang akal tanpa ilmu
Gersang hati tanpa iman
Gersang jiwa tanpa amal
Marhaban ya Ramadhan
Selamat menunaikan ibadah puasa
Mohon maaf zahir dan batin


Thursday 18 May 2017

KEMBARA ILMU KE PBAKL


Program Kembara Ilmu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang program Galakan Membaca dan Literasi maklumat. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah sekolah ialah melalui tabiat membaca yang berterusan.  Oleh yang demikian, program ini dapat membantu murid-murid dalam mendapatkan pelbagai bahan bacaan ilmiah yabg bercetak mahupun elektronik.


Pada 4 Mei 2017, Pusat Sumber SMK Jalan Reko bersama dengan Unit SPBT telah menganjurkan lawatan ke PBAKL di PWTC. Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang guru menyertai rombongan ke Pesta Buku ini. Rombongan ini bertolak dari sekolah pada jam 8.15 pagi dan kembali ke sekolah semula pada jam 1.30 petang.

  

   

KEM JALINAN UNGGUL PSS/KOOP/REDAKSI

Pada 22-23 April 2017, Pusat Sumber SMK Jalan Reko telah menganjurkan Kem Jalinan Unggul yang disertai oleh 90 orang pelajar, terdiri dari Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi dan pelajar dari Unit Redaksi. Kem ini diadakan di Nur Bukit Unggul Eco-Resort, Jenderam, Selangor.




Antara objektif kem ini ialah untuk meningkatkan semangat jati diri, kepimpinan dan melatih pelajar dalam menguruskan sesuatu program dengan lancar serta menyemai semangat bekerjasama di dalam satu pasukan. Sepuluh orang fasilitator dilantik untuk mengendalikan kem ini yang terdiri dari 5 orang Pengawas Pusat Sumber dan 5 orang Pengawas Koperasi.





Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini ialah Flying Fox, Obstacle Courses, Explorace, Sukaneka dan Video Clip Challenge.  Program ini berjalan lancar seperti yang dirancang.  Banyak pengalaman yang dapat ditimba oleh peserta di dalam aktiviti yang berlangsung.


BENGKEL PENGURUSAN FAIL

Pada 11 April 2017, PKG Bangi mengadakan Bengkel Pengurusan Fail untuk Guru Perpustakaan & Media (GPM) seluruh Bangi. Pn. Haslina bt. Ibrahim menghadiri bengkel ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada GPM tentang fail-fail yang perlu ada di Pusat Sumber dan juga untuk memastikan Fail Pusat Sumber di setiap sekolah adalah seragam.


Secara ringkasnya, Pusat Sumber di setiap sekolah harus mempunyai dua fail iaitu Fail Kuasa yang mempunyai 15 bab dan Fail Meja. Fail-fail itu perlu dikemaskini setiap masa kerana pihak PKG Bangi akan membuat pemantauan ke Pusat Sumber Sekolah.


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017

Pada 5 April 2017, Pusat Sumber SMK Jalan Reko mengadakan Kuiz Spontan sebagai aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia tahun 2017. Objektif Kuiz Spontan ini diadakan ialah untuk menarik minat murid mendengar maklumat yang disampaikan dengan teliti serta meningkatkan kemahiran mencari maklumat dalam kalangan murid.



Pn. Zaimah bt. Mohd Zain (Guru Nilam) menyampaikan taklimat mengenai Program Nilam Yang Ditambahbaik semasa perhimpunan pagi.  Murid-murid mendengar dengan teliti maklumat yang disampaikan dan kemudian guru membacakan soalan. Murid naik ke pentas untuk memberi jawapan dan seterusnya guru memberi hadiah bagi jawapan yang betul.

Wednesday 17 May 2017

LADAP NILAM YANG DITAMBAHBAIK

Pada 30 Mac 2017, Ladap Nilam Yang Ditambahbaik telah disampaikan oleh 
Pn. Haslina bt. Ibrahim (Guru Perpustakaan & Media) 
dan Pn. Zaimah bt. Mohd Zain (Guru Nilam) kepada semua guru sesi pagi dan petang. 
Mulai tahun ini, terdapat perbezaan dalam membuat penilaian Nilam,
jadi guru-guru perlu memahami Nilam Yang Ditambahbaik ini untuk diterangkan
kepada murid kelas masing-masing.




Antara objektif Nilam Yang Ditambahbaik ialah

melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan 
digital sepanjang hayat

menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai
melalui aktiviti pengayaan

menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program 
dan aktiviti membaca merentasi kurikulum

menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat / pertubuhan kerajaan
dan bukan kerajaan



PELANCARAN HAN1S & NILAM 2017

Pada 24 Februari 2017, Pusat Sumber SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Pelancaran HaN1s & NILAM di Dataran Berbumbung.  Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis.  Kemudian para guru dan pelajar mengaminkan bacaan doa oleh Muhammad Nur Hafiz b. Mohamad.  Seterusnya, ucapan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Haslina bt. Ibrahim.



Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Penolong Kanan, En. Mohd Zulkifli b. Ahmad Kharman Shah. Beliau kemudian menyemburkan cat ke atas kain putih untuk menimbulkan tulisan HaN1S 2017.  Beliau juga memotong riben bunting Pelancaran HaN1s dan Nilam Sedaerah Hulu Langat.



Seterusnya, penyampaian sijil tokoh Nilam 2016 untuk Muhammad Razmin b. Raghazli dan tokoh Nilam harapan, Ahmad Luqman b. Mustafa Kamal. Hamper pula disampaikan kepada Johan dan Naib Johan Pertandingan Infohunt peringkat sekolah. Sebagai penutup majlis, Muhammad Razmin b. Raghazli mempersembahkan sajak bertajuk, ‘Buku dan Pena’.  Majlis berakhir pada jam 8.05 pagi. 

INFOHUNT 2017 - MSU & PSS

Pada 21 Februari 2107, Pusat Sumber SMK Jalan Reko dengan kerjasama MSU telah mengadakan Program Infohunt peringkat sekolah. Program ini diadakan untuk memilih dua team terbaik bagi mewakili sekolah ke Pertandingan Infohunt peringkat kebangsaan di MSU, Shah Alam pada bulan Julai nanti.


Sebelum memulakan pertandingan, peserta berkumpul di bilik APD untuk mendengar penerangan dari Pegawai MSU dan mereka juga dikehendaki mengisi maklumat yang diperlukan. Terdapat 5 check point yang harus ditempuhi iaitu di Dataran Berbumbung, Unit Lanskap, Koperasi, berhampiran pondok pengawal dan di Pusat Sumber sendiri.










Tuesday 16 May 2017

KURSUS PENGURUSAN & PENGENDALIAN PSS

Kursus Pengurusan dan Pengendalian Pusat Sumber Sekolah yang diadakan pada 
4 Februari 2017 (Sabtu) adalah untuk melatih Pengawas Pusat Sumber baharu dalam mengendalikan Pusat Sumber dengan betul. Pengawas Pusat Sumber akan didedahkan kepada pengoperasian dan pengurusan Pusat Sumber setiap hari. 
Dengan adanya kursus sebegini, murid-murid akan dapat meningkatkan 
tahap kecekapan dalam menguruskan Pusat Sumber.



Objektif kursus ini adalah untuk :
  Memberi kemahiran asas kepimpinan dan pengurusan kepada peserta.
  Memahami konsep pengurusan Pusat Sumber dengan lebih sistematik.
  Memberi pendedahan tentang pemprosesan buku dengan betul.
  Menyemai nilai-nilai kepimpinan yang positif kepada peserta.

 
 
 

Kursus ini diharapkan dapat menyuntik minat dan semangat rajin bertugas 
di samping memberi pendedahan mengenai pengoperasian dan tanggungjawab 
seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah. 

Aktiviti Pusat Sumber