Wednesday 17 May 2017

PELANCARAN HAN1S & NILAM 2017

Pada 24 Februari 2017, Pusat Sumber SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Pelancaran HaN1s & NILAM di Dataran Berbumbung.  Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis.  Kemudian para guru dan pelajar mengaminkan bacaan doa oleh Muhammad Nur Hafiz b. Mohamad.  Seterusnya, ucapan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Haslina bt. Ibrahim.



Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Penolong Kanan, En. Mohd Zulkifli b. Ahmad Kharman Shah. Beliau kemudian menyemburkan cat ke atas kain putih untuk menimbulkan tulisan HaN1S 2017.  Beliau juga memotong riben bunting Pelancaran HaN1s dan Nilam Sedaerah Hulu Langat.



Seterusnya, penyampaian sijil tokoh Nilam 2016 untuk Muhammad Razmin b. Raghazli dan tokoh Nilam harapan, Ahmad Luqman b. Mustafa Kamal. Hamper pula disampaikan kepada Johan dan Naib Johan Pertandingan Infohunt peringkat sekolah. Sebagai penutup majlis, Muhammad Razmin b. Raghazli mempersembahkan sajak bertajuk, ‘Buku dan Pena’.  Majlis berakhir pada jam 8.05 pagi. 

No comments:

Post a Comment

Aktiviti Pusat Sumber