Pada 5 Oktober 2017, GPM & PKG Zon Bangi telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber SMK Dato' Abu Bakar Baginda dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Langat. Program ini diadakan bertujuan untuk menimba ilmu bagi memantapkan Pusat Sumber di sekolah masing-masing.
Sunday, 22 October 2017
Program Jaringan Komuniti
Pada 25 September 2017, Pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM turun ke Pusat Sumber SMK Jalan Reko dalam Program Jaringan Komuniti. Objektif program ini ialah
1. memberi kesedaran berkenaan peranan perpustakaan dalam menyokong aktiviti pembelajaran dan pengajaran di sekolah
2. memberi pendedahan kepada pelajar tentang tatacara pengurusan bahan dan juga Pusat Sumber Sekolah
3. memupuk serta menggalakkan minat membaca dan pembudayaan ilmu di kalangan pelajar
4. memupuk semangat dan kerjasama berpasukan
Bengkel Literasi Maklumat
Pada 19 September 2017, Guru Perpustakaan & Media (GPM) bersama pihak PKG Zon Bangi mengadakan Bengkel Literasi Maklumat yang melibatkan penanaman pokok herba dan pencarian maklumat mengenai kegunaan pokok-pokok tersebut.
Pokok-pokok adalah sumbangan dari GPM dan pihak PKG sendiri. Kerja-kerja dibahagikan mengikut kumpulan supaya semuanya lancar dan mencapai objektif.
Antara pokok-pokok herba yang ditanam ialah kunyit, serai, cekur, ulam raja, pudina, lidah buaya, pokok kari dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aktiviti Pusat Sumber
-
Pada 26 Julai yang lalu, Management & Science University (MSU) selaku pengelola utama pertandingan, serta usahasama Jabatan Pendidikan...
-
Pada 24 Februari 2017, Pusat Sumber SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Pelancaran HaN1s & NILAM di Dataran Berbumbung. Majlis dim...
-
Pada 19 September 2017, Guru Perpustakaan & Media (GPM) bersama pihak PKG Zon Bangi mengadakan Bengkel Literasi Maklumat yang melibatka...