Friday 30 June 2017

Pemilihan Tokoh Nilam Zon Bangi 2017

Pada 21 Jun 2017, Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Zon Bangi telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Bangi. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Tokoh Nilam BM & BI Sekolah Rendah serta Tokoh Nilam BM & BI Sekolah Menengah. SMK Jalan Reko telah menghantar Nurul Syafiqah binti Safian dari tingkatan 4 Newton sebagai calon untuk bertanding bagi kategori Tokoh Nilam Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Untuk kali ini tiada calon yang dihantar untuk kategori Tokoh Nilam Bahasa Inggeris, sama seperti tahun lepas.


Semua peserta harus melalui empat segmen iaitu Ujian Bertulis, Pengucapan Awam, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.  Pemenang kategori Tokoh Nilam BM Sekolah Menengah pada tahun ini ialah SMK Bandar Baru Bangi dan SMK Jalan Tiga manakala pemenang kategori Tokoh Nilam BI Sekolah Menengah pula ialah SMK Maahad Hamidiah dan SMK Jalan Empat. Pemenang pertandingan ini akan mara ke peringkat daerah pula pada bulan Julai nanti




Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.  Pihak Pusat Sumber SMK Jalan Reko akan cuba membuat penambahbaikan dari segi persediaan calon dan pengemaskinian fail Profil Tokoh Nilam untuk menghadapi pemilihan tokoh nilam tahun seterusnya.

Aktiviti Pusat Sumber